BERLIN, 30 SEPT – Angin kencang membadai seluruh bahagian tengah Eropah hari ini, mengorbankan seorang di Slovakia, mengganggu perkhidmatan landasan di bahagian utara Jerman dan mencetuskan penutupan sementara dua zoo Berlin.
Polis Slovakia berkata remaja perempuan berusia 14 tahun maut dihempap pokok di Nitra, timur Bratislava dan beberapa pelajar lain yang juga rakannya turut mengalami kecederaan, salah seorang daripadanya cedera parah.
Di kejiranan Republik Czech, sekitar 30,000 isi rumah tanpa bekalan elektrik, dengan pokok tumbang menangguhkan perjalanan kereta api dan jalan raya.
Di selatan Jerman, pokok tumbang turut memaksa penutupan landasan Nuremberg-Augsburg. – AP