Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut beralih ke selatan California

    SACRAMENTO, CALIF, 29 DIS – Kabus tebal melanda Lembah Tengah California kelmarin ketika satu ribut musim sejuk meninggalkan negeri itu.

    Ribut baharu itu dijangka bergerak dari California Utara kelmarin, diikuti dengan hujan sepanjang minggu sehingga ke minggu depan, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

    Ribut pertama minggu itu tiba lewat Isnin dengan angin yang menderu, membawa salji dan hujan lebat ketika ia beralih ke selatan.

    Kelmarin bahagian ekor ribut itu sebahagian besarnya datang dari California Selatan, di mana ribut besar seterusnya diramalkan melanda pada Sabtu dan berlanjutan ke Ahad.

    “Sambutan Malam Tahun Baharu yang dirancang untuk diadakan di luar rumah hendaklah termasuk dengan rancangan kontingensi,” tulis pejabat cuaca kawasan Los Angeles.

    Dalam pada itu, ramalan jangka panjang untuk California Selatan menunjukkan bahawa tradisi Perarakan Mawar ke-138 Pasadena dijangka mengelak kejadian ribut apabila acara tersebut lewat sedikit, selepas tahun baharu, manakala hujan akan kembali pertengahan minggu, kata peramal.

    Data Jabatan Sumber Air Negeri menekankan bahawa salji-salji dari gunung California yang sebelum ini dicengkam kemarau dan menyumbang kepada satu pertiga daripada bekalan air negeri, mulai cair, menunjukkan permulaan yang baik. Tetapi pakar tetap berhati-hati, yang mana musim sejuk lepas mempunyai permulaan yang sama kemudian berubah menjadi kering dari Januari hingga Mac. – AP

    Sebuah trak melalui persimpangan banjir di E Bolivar Street di Salinas, California,baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda