Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Beryl: 4 maut, jutaan terputus elektrik di Texas

    WASHINGTON, 9 JULAI – Empat orang maut di Texas ketika ribut tropika Beryl terus bergerak melalui negeri itu, kata Datuk Bandar

    Houston kelmarin manakala jutaan penduduk masih terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita Jerman.

    Menurut pengerusi syarikat yang mengendalikan bekalan elektrik, kira-kira dua hingga tiga juta isi rumah terjejas dan usaha memulihkan bekalan elektrik mungkin mengambil masa beberapa hari.

    Sementara itu, puting beliung melanda Jasper County, di sempadan dengan negeri Louisiana, memusnahkan kira-kira 30 rumah.

    Beryl mendarat sebagai hurikan berhampiran bandar Matagorda di Texas, kira-kira 130 kilometer dari barat daya Houston, awal pagi kelmarin tetapi kehilangan kekuatan sejak itu.

    Pusat Taufan Kebangsaan AS mengeluarkan amaran di beberapa kawasan Texas dan Louisiana mengenai kemungkinan puting beliung, banjir kilat dan angin kencang.

    Ahli meteorologi berkata terdapat risiko berterusan mengenai ribut yang mengancam nyawa di sepanjang Pantai Teluk. 

    Mereka meramalkan Hurikan Beryl akan terus bergerak ke arah timur laut dalam beberapa hari akan datang sebelum menjadi semakin lemah. Beryl terbentuk di Atlantik pada akhir Jun dan melanda tenggara Caribbean pada 1 Julai. – Bernama

    Pemandangan dari udara menunjukkan rumah yang musnah di Pantai Surfside, Texas, pada 8 Julai, selepas Hurikan Beryl mendarat. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda