Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribut di Rusia jejas separuh juta penduduk

    MOSCOW, 27 NOV – Lebih separuh juta orang kehilangan bekalan tenaga elektrik di Crimea, Rusia dan Ukraine selepas ribut di kawasan Laut Hitam melanda jalan, merosakkan pokok-pokok dan memutuskan talian elektrik, lapor agensi berita negara Russia, Tass, dan kementerian tenaga Ukraine. Sementara itu, wilayah Moscow mengalami salji yang tebal dalam 40 tahun, kata pemerintah wilayah berkenaan.

    Ketua perkhidmatan meteorologi kebangsaan Rusia berkata ribut yang melanda Crimea adalah yang paling kuat sejak rekod dimulakan, lapor agensi berita negara RIA Novosti.

    Ribut itu juga melanda selatan Rusia dan menyebabkan ombak membanjiri kawasan peranginan pantai Sochi, merobohkan bumbung bangunan lima tingkat di Anapa, dan merosakkan rumah-rumah dan sekolah-sekolah di Kuban, kata agensi berita negara itu. Ia juga menyebabkan kapal kargo terdampar berhampiran Anapa.

    Pegawai yang ditugaskan oleh Rusia di jabatan pemantauan alam sekitar Crimea, Tatyana Lyubetska, mengatakan seorang individu maut di Crimea selepas keluar untuk melihat ombak di sebuah kampung berhampiran bandar Sudak di bahagian selatan semenanjung itu, manakala individu lain telah dimasukkan ke hospital atau dipindahkan dari rumah mereka.

    Kerajaan di Crimea meminta penduduk untuk tinggal di rumah hari ini dan menutup kemudahan kerajaan termasuk sekolah dan hospital kerana angin kuat dijangka berterusan.

    Ribut itu mengakibatkan beberapa buah kawasan di Crimea mengisytiharkan keadaan darurat, kata Tatyana Lyubetskaya. Kira-kira 800 ekor ikan eksotik mati di sebuah akuarium di Sevastopol selepas bilik tempat mereka berada dibanjiri air, lapor saluran TV Crimea 24.

    Ikan-ikan itu, termasuk paus dan piranha, mati akibat kejutan tenaga haba setelah air laut sejuk melimpahi akuarium, kata pengarah akuarium itu kepada RIA Novosti.

    Kementerian Tenaga Ukraine mengatakan lebih daripada 2,000 buah bandar dan kampung kehilangan bekalan tenaga elektrik di 16 buah wilayah Ukraine, termasuk Kyiv, Odesa, dan Mykolaiv. Ia menjangkakan cuaca akan menjadi lebih buruk, dengan juru ramal meramalkan angin kuat dan salji lebih banyak. – AFP

    Ombak kuat melanda kawasan tepi laut di bandar pelancongan Laut Hitam, Sochi, pada 27 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...