Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ribut kencang, kebakaran hutan landa Itali

    MILAN, 25 JULAI – Ribut kuat melanda utara Itali, menyebabkan kematian seorang pengakap remaja yang sedang menyertai aktiviti perkhemahan, manakala kebakaran hutan di Sicily memaksa lapangan terbang Palermo ditutup hari ini.

    Angin kencang, hujan lebat dan hujan batu melanda Milan pada awal pagi, menyebabkan banjir di jalan-jalan dan pokok-pokok tumbang, yang kebanyakannya menghempap kereta yang diletakkan.

    Pihak berkuasa pengangkutan melaporkan kerosakan serius pada rangkaian elektrik di bandar itu, manakala seorang wartawan AFP melaporkan bahawa bekalan air di bandar bersejarah itu ditutup buat sementara waktu.

    Di kawasan sekitar Brescia yang berhampiran, seorang gadis berusia 16 tahun di kem pengakap terbunuh apabila sebatang pokok tumbang ke atas khemahnya, menurut agensi berita Itali.

    Anggota bomba menyelamatkan ahli pengakap yang lain dan membawa mereka ke sebuah dewan sukan berhampiran, kata ANSA.

    Gelombang haba melanda selatan Itali, dengan agensi perlindungan awam Sicily melaporkan suhu 47.6 darjah Celsius di Catania kelmarin.

    Anggota bomba pada hari ini melaporkan bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan kebakaran hutan di Sicily, salah satu daripadanya berlaku begitu hampir dengan lapangan terbang Palermo sehingga ia ditutup selama beberapa jam pada pagi Selasa.

    Perkhidmatan kereta api juga terjejas dengan teruk. – AFP

    Dahan pokok tumbang ke atas kereta yang diletakkan di Milan kelmarin selepas ribut hujan semalaman melanda bandar itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...