ANNAPOLIS, MARRYLAND, 24 SEPT – Ribut Tropika Ophelia telah diturunkan kepada paras terendah pasca-tropika semalam namun terus menimbulkan ancaman banjir pantai dan banjir kilat di rantau pertengahan Atlantik, kata Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).
Penduduk di bahagian pantai North Carolina dan Virginia mengalami banjir semalam selepas ribut mendarat berhampiran pulau penghalang Carolina Utara, membawa hujan, angin yang dahsyat dan lonjakan berbahaya.
Pada pukul 11 semalam, pusat itu berkata ribut tropika Ophelia yang telah melemah, terletak kira-kira 50 kilometer selatan-barat daya Richmond, Virginia, dan kira-kira 135 kilometer tenggara Charlottesville, Virginia.
Ribut itu dengan tiupan angin yang berterusan sehingga mencecah maksimum 55kmsj dengan kecepatan lebih tinggi.
Amaran banjir pantai dan banjir masih kekal berkuatkuasa untuk sebahagian kawasan tersebut, kata pusat itu.
“Pusat Ophelia dijangka akan bergerak ke arah utara-timur laut dan timur laut, merentasi Virginia timur dan Semenanjung Delmarva sehingga hari ini,” kata pusat itu.
Kawasan dari Virginia ke New Jersey dijangka menerima 2.5 hingga 7.6 sentimeter hujan dan sehingga 12.7 sentimeter di sesetengah tempat, kata pusat itu. Beberapa komuniti
pantai New Jersey, termasuk Sea Isle City, telah pun mengalami banjir semalam.
Kawasan di tenggara New York dan selatan New England juga kemungkinan menerima 1 hingga 3 inci hujan, manakala ombak laut dijangka menjejaskan sebahagian besar Pantai Timur sepanjang hujung minggu, kata pusat itu. – AP