Friday, March 21, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut petir cetus banjir besar di London

    LONDON, 26 JULAI – Banjir yang melanda ibu negara London semalam menyebabkan bas dan kereta dibiarkan tersadai di jalanan di bandar raya ini akibat ribut petir yang berlaku berulang kali.

    Datuk Bandar London, Sadiq Khan melalui aplikasi Twitter berkata perkhidmatan kecemasan bergelut menangani banjir besar di London ketika semua perkhidmatan pengangkutan awam terjejas dan menasihati orang ramai supaya tidak berjalan atau memandu melalui kawasan banjir.

    Pengguna media sosial menyiarkan video kenderaan yang tenggelam, sebahagiannya di barat daya London, dengan hujan lebat dijangka turun ketika ribut petir melintasi tenggara England.

    Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca tahap kuning ke seluruh London dan daerah sekitarnya hingga jam 7 malam waktu tempatan hari ini.

    Ia memberi amaran bahawa terdapat risiko petir dan banjir, dengan ramalan hujan sehingga 10 sentimeter di beberapa kawasan, hampir dua kali ganda purata bulanan untuk bulan Julai.

    Menurut wartawan AFP, polis menutup jalan berhampiran stesen Queenstown Road di barat daya London, di mana tiga bas dua tingkat tersangkut di bawah jambatan kereta api.

    Pemandu kenderaan lain di Walthamstow, timur laut London, meninggalkan kenderaan mereka ketika hujan lebat.
    Polis berkata mereka sedang menangani banjir di kawasan timur dan memberi amaran bahawa terowong akan ditenggelami air. – AFP

    Kereta melalui sebatang jalan dibanjiri di daerah The Nine Elms, London semasa hujan lebat pada 25 Julai 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda