MOSCOW, 30 Mei – Pegawai Rusia berkata jumlah kematian dari kejadian ribut petir di Moscow dan pinggir-pinggir bandarnya telah mencecah angka 14 orang.
Jawatankuasa Penyiasatan berkata dalam satu keterangan hari ini 11 orang telah terkorban di Moscow dan tiga lagi di pinggir bandar apabila angin kencang dan hujan melanda ibu negeri Rusia semalam yang menyebabkan pokok-pokok jatuh, menerbangkan atap-atap rumah dan merosakkan lebih 1,500 kereta.
Angin kencang mencecah hingga kepada kelajuan 30 meter sesaat (67 batu sejam).
Lebih daripada 150 orang telah dibawa ke hospital-hospital. Perkhidmatan-perkhidmatan kereta api di rantau itu telah terjejas dan puluhan penerbangan dari lapangan-lapangan terbang Moscow telah ditunda.
Ribut itu juga telah merebahkan beberapa pokok pain di kediaman Perdana Menteri Dmitry Medvedev pada petang kelmarin, seketika menyekat pintu masuk ke kawasan itu. – AP