Friday, July 18, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut petir ragut 21 nyawa

    NEW DELHI, 1 Jun – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas ribut petir melanda negeri Bihar dan Andhra Pradesh di India, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut para pegawai, ribut petir itu berlaku semalaman di beberapa daerah di kedua-dua negeri.

    “Ribut petir dan kilat yang melanda beberapa kawasan di Bihar malam semalam, telah meragut 14 nyawa serta mencederakan sembilan lagi,” kata seorang pegawai pengurusan bencana.

    Empat orang maut di Motihari manakala kematian lain dicatat di daerah-daerah Muzaffarpur, Darbhanga, Samastipur, Kaimur dan Gaya.

    Di Andhra Pradesh, ribut petir mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan tiga lagi.

    Kematian turut dilaporkan di Narasaraopeta, Sattenapalli, Phirangipuram, Muppalla dan Mandal yang terletak dalam daerah Guntur. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda