WASHINGTON, 22 DIS – Peramal cuaca Amerika Syarikat (AS) mengingatkan mengenai cuaca sejuk melampau ketika ribut musim sejuk ‘sekali dalam satu generasi’ bakal menimbulkan gangguan ke atas jadual perjalanan percutian untuk jutaan warga AS.
Syarikat penerbangan memberitahu pengembara supaya bersedia menghadapi penangguhan dan pembatalan ketika cuaca sejuk melampau Artik melanda Amerika Tengah semalam. Ia dijangka menuju Midwest dan Pantai Timur esok, sejurus sebelum Krismas.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran ribut itu akan mencetuskan ‘gangguan yang berpotensi melumpuhkan kawasan di tengah dan timur AS,” dalam perbincangan ramalan yang disiarkan hari ini.
Ia meramalkan ‘suhu sejuk melampau dan angin kencang di Great Plains akan merebak ke separuh kawasan timur di seluruh negara esok.’
NWS juga mengingatkan suhu ekstrem akan mencecah -40 darjah Celsius di sesetengah kawasan, dan menggesa penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Beberapa kawasan mungkin melihat bacaan merosot kepada -70 darjah Celsius, tambahnya.
“Angin sejuk berkenaan boleh mengakibatkan reput fros dalam masa kurang 5 minit sekiranya langkah berwaspada tidak diambil, dengan hipotermia dan kematian juga mungkin berlaku sekiranya terdedah kepada suhu melampau berkenaan secara berterusan,” katanya.
Selain itu, salji lebat dan angin kencang mungkin mengakibatkan kerosakan serius kepada infrastruktur di samping gangguan kepada perjalanan udara dan darat. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/12/P13-3-Ribut_23122022.jpg)