Saturday, November 30, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut salji landa Greece

    ATHENS, 6 FEB – Ribut musim sejuk membawa salji ke ibu negara Greece Athens, mendorong sekolah, tadika dan mahkamah ditutup hari ini selain menjejaskan lalu lintas dan bekalan elektrik.

    Kerajaan menasihatkan penduduk supaya mengelak mengadakan perjalanan tidak penting dan bekerja dari rumah jika boleh, dalam usaha untuk mengelak gangguan akibat salji lebat pada musim sejuk lalu.

    Ribut itu, diberi gelaran Barbara oleh ahli meteorologi Greece, tiba di Athens petang semalam selepas melanda kawasan utara Greece dan pulau di Laut Aegean Utara.

    Pihak berkuasa membuka semula jalan raya ke lapangan terbang antarabangsa Athens, 30 kilometer dari pusat itu, dan jalan raya utama yang meng-hubungkan bandar ke Lamia di tengah Greece selepas ia ditutup selama beberapa jam pada awal pagi ini.

    Perkhidmatan perlindungan awam mengingatkan bahawa salji lebat dijangka turun pada pagi ini di rantau Attica sekitar Athens, yang tidak biasa mengalami musim sejuk teruk.

    Kira-kira 3,500 orang terperangkap dalam kereta di jalan keliling Athens, dan lebih daripada 200,000 rumah dan perniagaan tidak mempunyai bekalan elektrik. – AFP

    Seorang wanita bergambar dengan pemandangan salji di pinggir bandar Chalandri di utara Athens semasa ribut salji kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda