STOCKHOLM, 17 FEB – Ribut salji yang kencang di timur Sweden Sabtu lalu mengakibatkan dua kemalangan besar jalan raya membabitkan berpuluh-puluh kenderaan dan menyebabkan lebih 100 orang memerlukan rawatan hospital, kata pegawai.
Media tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan berpuluh-puluh kereta dan trak merempuh satu sama lain, kebanyakannya musnah dan dilitupi salji.
Pihak berkuasa bagi maklumat kecemasan negara itu secara ringkas memberi amaran bahawa kemalangan itu menimbulkan tekanan besar pada sistem penjagaan kesihatan di wilayah Uppsala dan kerajaan tempatan telah mengemukakan langkah kecemasan mengenainya.
Menjelang petang, hospital tersebut telah mula mengawal keadaan, kata pegawai kesihatan wilayah, Mikael Kohler, kepada AFP.
“Seramai 106 orang telah dibawa ke hospital untuk rawatan susulan kemalangan di E18,” katanya. – AFP
