Sunday, December 1, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut salji melanda California

    SACRAMENTO, 4 MAC – Ribuan isi rumah di California dilaporkan terputus bekalan elektrik pada Ahad manakala sebuah lebuh raya utama masih ditutup berikutan ribut salji terburuk terus melanda negeri di Amerika Syarikat (AS) itu.

    Ribut musim sejuk terus mencengkam California Utara dan kawasan pergunungan sejak Khamis dengan salji lebat mencecah 3.6 meter dan tiupan angin melebihi 3.5 kilometer sejam.

    Laluan utama yang menghubungkan Reno, Nevada, ke Sacramento, California, berhampiran sempadan Nevada masih ditutup, kelmarin.

    “Pihak berkuasa belum dapat menganggarkan bila lebuh raya akan dibuka,” menurut Peronda Lebuhraya California (CHP).

    Ratusan pengembara turut dilaporkan terperangkap dalam kenderaan masing-masing selama berjam-jam.

    Lebih 12,000 rumah dan perniagaan masih terputus bekalan elektrik, menurut laman sesawang PowerOutage.us.

    Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Sacramento memberi amaran ribut salji berkuat kuasa untuk Sierra Nevada, banjaran gunung antara Central Valley California dan Great Basin di barat Amerika Syarikat.

    Selain ribut salji, puting beliung turut melanda Madera County pada Jumaat dan Kings County pada hari Sabtu.

    Puting beliung pada Jumaat menyebabkan sebuah sekolah rendah rosak, menurut pejabat perkhidmatan cuaca di Hanford. – Bernama

    Pekerja cuba membersihkan jalan dengan peniup salji semasa ribut salji, pada 1 Mac 2024, di Truckee, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda