Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut salji ragut 3 nyawa, penerbangan ditangguh sementara

    BERLIN, 5 DIS – Ribut salji dan cuaca sejuk yang melanda Jerman telah menyebabkan kemalangan jalan raya yang meragut tiga nyawa hari ini, di mana Lapangan Terbang Munich terpaksa menangguhkan sementara penerbangan.

    Seorang pelajar maut dalam nahas membabitkan bas sekolah di pergunungan Erzgebirge di negeri timur Jerman, Saxony, kata polis. Sekurang-kurangnya 10 lagi pelajar sekolah telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Manakala dua individu dewasa, termasuk pemandu bas, cedera parah.

    Bas itu terbabas ke tepi kenderaan penyelenggaraan jalan musim sejuk di daerah Sehmatal berhampiran sempadan Czech, lapor agensi berita Jerman, dpa. Ia kemudian merempuh sebatang pokok dan memusnahkan bahagian hadapan kenderaan itu sepenuhnya. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda