Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut ‘Siklon’ landa AS

    Sebuah SUV yang terkandas dalam banjir akibat ribut musim sejuk, Massachusetts kelmarin. Ribut ‘Siklon bom’ besar melanda Pantai Timur AS semalam dengan cuaca sejuk dan salji lebat, memaksa pembatalan beribu-ribu penerbangan dan penutupan sekolah. – AFP

    NEW YORK, 6 Jan – ‘Siklon’ gergasi melanda Pantai Timur AS semalam dengan cuaca sejuk dan salji lebat, memaksa pembatalan beribu-ribu penerbangan dan penutupan sekolah, malah mendorong Senat AS membatalkan undi untuk sepanjang minggu.

    Berjuta-juta warga Amerika menghadapi bekalan elektrik terputus dalam suhu amat sejuk, dengan 45,000 penduduk di Virginia dan beribu-ribu lagi di Georgia, Carolina Selatan dan Florida yang telahpun terjejas.

    Kelegaan dalam bentuk suhu lebih panas tidak dijangka sehingga minggu depan, menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional, dan salji hanya dijangka berkurangan pada lewat hari ini apabila ribut bergerak ke timur laut ke Kanada. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda