Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut terburuk dalam 140 tahun terakhir

    ZHUOZHOU, CHINA, 2 OGOS – Hujan lebat yang membadai ibu negara China dalam beberapa hari terakhir dikatakan paling lebat dalam tempoh 140 tahun lalu, menurut perkhidmatan cuaca Beijing hari ini, ketika operasi pembersihan besar-besaran sedang dijalankan.

    Jutaan orang telah terkesan oleh fenomena cuaca ekstrem dan gelombang haba yang berpanjangan di pelbagai negara dalam beberapa minggu terakhir, dan ahli sains menyatakan perubahan iklim turut menyumbang kepada kejadian bencana itu.

    Perkhidmatan Meteorologi Beijing menyatakan bandar tersebut telah mengalami “curahan hujan terhebat dalam tempoh 140 tahun” sejak pihak berkuasa bandaraya mula menyimpan rekod cuaca.

    “Jumlah hujan yang tercatat tertinggi semasa ribut ini adalah 744.8 milimeter, berlaku di Empangan Wangjiayuan, Changping,” menurut perkhidmatan itu, sambil menambah bahawa jumlah hujan yang tercatat paling lebat sebelum ini ialah 609 milimeter pada tahun 1891.

    Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan meninggal dunia akibat banjir di Beijing, menurut siaran berita negara, CCTV pada hari Selasa, manakala lebih daripada puluhan orang masih lagi hilang.

    Pusat banjir kemudian beralih ke negeri jiran, Hebei hari ini.

    Gambar-gambar udara dramatik yang diambil oleh AFP di bandar Zhuozhou, Hebei menunjukkan jalan-jalan beli-belah berubah menjadi sungai berwarna perang, manakala kawasan pertanian di sekelilingnya tenggelam sepenuhnya dan banjir meliputi puluhan kilometer.

    Seorang pekerja kilang percetakan berusia 34 tahun, yang hanya memberitahu nama belakangnya, Liu, berkata air mula memasuki kawasan kilang di Zhuozhou pada petang Isnin.

    “Pertama, kami cuba menghalang air, tetapi kemudian tidak berjaya,” kata Liu kepada AFP. – AFP

    Anggota pasukan penyelamat meredah kawasan banjir ketika cuba memindahkan penduduk berikutan hujan lebat di Zhuozhou, wilayah Hebei, utara China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda