Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut tropika Beatriz semakin kuat

    BANDAR MEXICO, 30 JUN – Ribut tropika Beatriz semakin kuat di luar pantai selatan Pasifik Mexico dan mungkin menjadi taufan menjelang lewat hari ini yang akan membawa hujan lebat di beberapa buah negeri di selatan Mexico.

    Beatriz berada di kedudukan kira-kira 155 kilometer barat daya Acapulco awal hari ini dan bergerak ke barat-barat laut pada kelajuan 19 kilometer sejam (kmsj) dengan mengekalkan angin maksimum selaju 80kmsj, menurut Pusat Hurikan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

    Amaran hurikan berkuat kuasa dari Zihuatanejo ke Playa Perula. Ribut itu dijangka akan memperlahankan pergerakan dan menurunkan hujan lebat ketika ia melintasi beberapa buah negeri di selatan Mexico pada hujung minggu.- AP

    Gambar Freepik.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda