Ribut Pamela badai pesisir Pasifik Mexico

MEXICO CITY, 11 OKT – Ribut tropika Pamela terbentuk di pesisir pantai Pasifik Mexico kelmarin dan diramalkan akan berubah menjadi taufan sebelum tiba di suatu tempat berhampiran pelabuhan Mazatlan pada pertengahan minggu.

Pusat taufan nasional AS mengatakan pusat Pamela terletak kira-kira 810 kilometer (km) di selatan Mazatlan lewat kelmarin dan bergerak menuju barat-barat laut dengan kelajuan kira-kira 12 batu sejam. Ribut tersebut mempunyai angin maksimum sekitar 50 batu sejam.

Ribut Pamela diramal akan menuju ke arah utara dan timur laut, melewati kawasan hujung selatan semenanjung Baja California pada hari Selasa atau Rabu dengan kekuatan taufan tersebut.

Ribut Pamela kemudian dijangka akan menyeberangi utara Mexico dan dapat mendekati sempadan Texas pada hari Khamis.

Pusat taufan memberi amaran kemungkinan berlakunya lonjakan ribut yang mengancam nyawa, banjir kilat dan angin berbahaya di sekitar kawasan yang terjejas akhir minggu ini. – AP