Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Ribut Tropika Fred badai Puerto Rico

    MIAMI, 11 OGOS – Ribut Tropika Fred, yang keenam musim taufan Atlantik tahun ini di selatan Puerto Rico dan dijangka bergerak ke arah barat melalui Caribbean, kata Pusat Taufan Nasional AS (NHC) hari ini.

    Taufan itu terletak kira-kira 65 kilometer di barat daya Puerto Rico, kata NHC.

    Amaran ribut tropika telah dikeluarkan untuk Puerto Rico, Kepulauan Virgin AS dan Republik Dominican, di mana taufan itu dijangka melanda dalam 12 jam kemudian. Haiti, Kepulauan Turks dan Caicos dan Bahama tenggara berada di bawah pengawasan ribut.

    “Ramalan ribut, pusat Fred dijangka berada di dekat atau di atas Hispaniola (pulau yang dikongsi oleh Haiti dan Republik Dominican hari ini, dan bergerak dekat Kepulauan Turks dan Caicos dan Bahama tenggara pada hari Khamis,” kata NHC. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -