Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Tropika Gil bakal landa Timur Pasifik, tiada amaran dikeluarkan

    MEXICO, 1 OGOS — Ribut Tropika Gil dijangka bertukar menjadi taufan di timur Lautan Pasifik, namun taufan tersebut tuurt dijangka tidak akan mengancam daratan, menurut ramalan ahli kaji cuaca hari ini.

    Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Miami berkata ribut itu berada kira-kira 870 batu di barat daya Semenanjung California, Mexico.

    Ribut Tropika Gil dianggarkan akan mencapai kelajuan angin maksimum berterusan sebanyak 65 mph dan bergerak ke arah barat-barat laut pada kelajuan 16 mph.

    Namun, tiada sebarang amaran atau pemantauan pantai dikeluarkan.

    Keadaan Ribut Topika Gil turut dilaporkan semakin menguat ketika kawasan timur Lautan Pasifik sedang mengalami tempoh aktif dengan kejadian ribut tropika.

    Ribut Tropika Lona pula sedang bergerak ke arah barat merentasi tengah lautan, kira-kira 1,190 batu di barat-barat daya Honolulu, dengan kelajuan angin maksimum berterusan mencecah 45 batu sejam.

    Ribut itu pada awalnya dijangka berkembang menjadi taufan, namun telah melemah dan tidak membawa sebarang ancaman kepada daratan.

    Pakar kaji cuaca turut menjangkakan lebih banyak ribut mungkin terbentuk di timur Pasifik dalam beberapa hari akan datang. – AP

    Imej satelit yang disediakan oleh NOAA menunjukkan Ribut Tropika Gil yang terletak di arah selatan-barat daya Semenanjung Baja California pada 31 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda