Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Tropika Philippe ancam Kepulauan Leeward

    SAN JUAN, PUERTO RICO, 2 OKT – Ribut Tropika Philippe mengancam membawa hujan lebat dan banjir kilat di timur laut Caribbean kelmarin sebelum bergerak menuju ke utara Atlantik terbuka, di mana ia boleh menjadi taufan sekitar pertengahan minggu ini, kata peramal cuaca.

    Ribut itu berada kira-kira 55 kilometer di timur-tenggara Barbuda pagi Isnin. Kelajuan angin paling kencang mencecah 85 kilometer sejam (kmj) dan Philippe bergerak ke barat-barat laut pada 11 kmj.

    Amaran ribut tropika berkuat kuasa untuk Antigua dan Barbuda. Peramal cuaca berkata penduduk di kepulauan Leeward utara perlu memantau perkembangan ribut itu kerana pusat Philippe dijangka akan melintasi berhampiran atau di timur laut kepulauan itu hari ini.

    Philippe dijangka bergerak ke arah utara-barat laut menjelang esok petang dan kemudian ke utara pada Rabu.

    Jumlah hujan dijangka turun hingga hari ini termasuk 10 hingga 15 cm untuk Antigua dan Barbuda dan 5 hingga 10 cm untuk seluruh Kepulauan Leeward, lapor pusat taufan.

    Hujan lebat dari Philippe juga boleh menyebabkan banjir kilat tersebar di Antigua dan Barbuda hingga esok, menurut makluman tersebut.

    Pegawai di pulau Guadeloupe,kepulauan Caribbean Perancis, memberi amaran tentang hujan yang turun dengan lebat mulai petang hari ini, dengan pengumpulan sehingga 10 mm di beberapa kawasan.

    Peramal berkata angin kencang dijangka menghalang Philippe menjadi lebih kuat dalam beberapa hari akan datang, tetapi keadaan yang berubah-ubah boleh menyebabkannya menjadi taufan pada hujung minggu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda