Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribut Tropika Pilar: El Salvador isytihar darurat

    SAN SALVADOR, 30 OKT – El Salvador mengisytiharkan darurat semalam sebagai persediaan menghadapi Ribut Tropika Pilar, yang dijangka mendarat beberapa hari lagi.

    “Darurat negara diisytiharkan di seluruh wilayah republik itu untuk tempoh 15 hari,” kata satu dekri yang diluluskan oleh Parlimen negara yang membenarkan pengaktifan perkhidmatan kecemasan dan pembiayaan untuk tindak balas bencana.

    Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat, Ribut Tropika Pilar bergerak ke arah El Salvador dengan angin berkelajuan maksimum 65 kilometer sejam.

    NHC dalam satu kenyataan awal, hari ini, berkata ribut itu dijangka membawa hujan lebat dan banjir kilat di bahagian Amerika Tengah dalam beberapa hari akan datang.

    Guatemala, Honduras dan Nicaragua juga berisiko dilanda ribut itu, tambahnya.

    El Salvador mempunyai populasi 6.6 juta, dan hampir 90 peratus wilayahnya terdedah kepada banjir, tanah runtuh dan gegaran gempa berterusan.

    Tahun lalu, negara itu dilanda Ribut Tropika Julia, yang menyebabkan 10 orang maut dan kerugian ekonomi bernilai berjuta-juta dolar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...