Wednesday, April 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut tropika ragut 37 nyawa

    ANTANANARIVO, 25 JAN – Ribut tropika Ana telah membunuh sekurang-kurangnya 34 orang di Madagascar dan tiga orang di Mozambique, manakala bekalan elektrik terputus di Malawi, kata pihak berkuasa di tiga negara itu hari ini.

    Ribut itu, yang terbentuk di pantai timur pulau terbesar di Afrika, Madagascar, telah membawa hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di ibu negara Antananarivo.

    Laporan terbaharu dari agensi pengurusan bencana Madagascar hari ini menunjukkan bahawa 34 orang telah meninggal dunia dan hampir 65,000 telah kehilangan tempat tinggal sejak minggu lepas.

    Beberapa daerah rendah di ibu negara kekal dalam keadaan berjaga-jaga dan pemindahan kecemasan telah dilancarkan semalaman.

    “Kami sedang dalam proses memindahkan orang dari kawasan banjir,” John Razafimandimby, pengarah unit penyelamat di agensi pengurusan bencana, memberitahu AFP.

    Di seberang Lautan Hindi, ribut yang melanda tanah besar Afrika pada Isnin lalu membawa hujan lebat dan angin kencang di daerah tengah dan utara Mozambique. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda