KUALA LUMPUR, 2 MEI – Richiamo Coffee Sdn Bhd, pemegang lesen rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee, sedang giat mengembangkan operasinya ke seluruh negara dengan sasaran untuk memiliki 100 cawangan menjelang akhir 2021.
Pengarah Urusan, Muhamad Zamry Abu Samah berkata setakat ini 42 cawangan Richiamo Coffee sudah beroperasi di seluruh negara dan pihaknya mahu membuka 55 cawangan baharu lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Tambahan 15 cawangan selepas Aidilfitri, yang ketika ini sedang melalui proses ubah suai dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan,” kata Zamry. – Bernama