Monday, November 18, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ridzuan Hashim meninggal dunia

    Pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

    Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2:50 petang ini.

    Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.

    Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

    Ridzuan memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model iklan komersial, seterusnya mengembangkan bakat dalam dunia lakonan apabila ditawarkan membintangi drama Adam & Hawa siaran TV1 pada 1986.

    Sepanjang 37 tahun pembabitannya dalam dunia seni, Ridzuan membintangi berpuluh-puluh filem termasuklah KL Gangster yang mengangkat namanya menerusi watak King.

    Antara filem dibintangi seperti Pesona Cinta, Scoop, Lurah Dendam, Ghazal Untuk Rabiah.

    Selain itu, Ridzuan juga pernah terbabit dalam produksi antarabangsa iaitu filem blockbuster India, Don 2 bersama Shah Rukh Khan dan telemovie produksi Jerman, Love & Death on Java.

    Ketika berada di puncak populariti, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992. Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2002.

    Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani. – Agensi

    Ridzuan Hashim dilaporkanmeninggal dunia oleh bekas isterinya Didie Alias ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda