Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riena ajar Keith berpuasa

    Setia menemani ke mana sahaja kekasihnya berada, hubungan cinta antara pelakon, Riena Diana dan Keith Foo dilihat semakin utuh.

    Namun, pasangan yang mula akrab selepas berganding dalam drama Salju Rindu Di Bumi Auckland siaran Tonton ini belum merancang menamatkan zaman solo dalam waktu terdekat.

    Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Riena Zulreal, 28, berjanji tidak sesekali berahsia jika masa sudah tiba untuk disatukan dengan Keith.

    “Insya Allah, doakan yang terbaik buat saya dan Keith. Kalau sudah ada tarikh, saya akan layang jemputan.

    “Saya tidak akan sorok daripada mereka yang banyak membantu kerjaya kami. Namun, buat masa ini, kami fokus kepada kerjaya dan perlu hormati keluarga.

    “Apa sahaja keputusan kami serahkan kepada keluarga,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media drama rantaian, Bidaah yang bakal ditayangkan di platform Viu, semalam.

    Berkongsi mengenai pengisian Ramadan, Riena mahu menebus masa yang hilang bersama keluarga. Mungkin sibuk pada awal puasa, Riena mahu memperuntukkan akhir Ramadan untuk bersama yang tercinta.

    Mengenai kekasih hatinya, Riena berkata, Keith sudah bersedia untuk menjalani ibadat puasa. Tambahnya, berpuasa bukanlah sesuatu yang baharu buat Keith kerana abang dan kakaknya sudah memeluk agama Islam.

    “Keith sudah bertanya mengenai ibadat puasa. Saya akan beri tunjuk ajar, tetapi, tidak suka memaksa lebih-lebih. – Agensi

    Riena berkata Keith sudah bersedia untuk menjalani ibadat puasa. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda