Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riena Diana berang video aib jadi bahan jenaka

    Berang video insiden memaparkan mukanya disepak semasa melakukan aktiviti arung jeram dimuat naik di media sosial, pelakon Riena Diana menggesa pengusaha sukan lasak berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Bengang video memalukan itu tular, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, berkata insiden itu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka warganet di media sosial.

    Tidak menyalahkan rakan selebriti iaitu Syazuwan Hassan yang tidak sengaja menendang mukanya, Riena bagaimanapun menegur pengusaha sukan berkenaan kerana tergamak berkongsi perkara mengaibkan dirinya itu.

    “I tak salahkan Syazuwan Hassan sebab masa itu kita semua terkejut dan tak bersedia, kaki Syazuwan naik kena muka I. Itu tak lawak sebab ketika itu sangat sakit. Bayangkan kaki dia kena dekat muka I.

    “Dia (pengusaha) tidak sepatutnya buat macam itu (jadikan content). Dia gelakkan I dan kata boleh jadikan content. I sendiri pun tak kisah pasal content yang tak berapa bijak,” katanya menerusi Insta Story kelmarin.

    Menurut mStar, Riena sebelum itu memaklumkan dia telah memberikan amaran dan mengingatkan pemilik sukan berkenaan supaya tidak memuat naik video memalukan itu, namun permintaannya itu diabaikan.

    “I tak suka diaibkan dan dijadikan bahan lawak bila kaki kena dekat muka. Tambahan itu bukan review dan I bayar untuk water rafting.

    “I tak rasa gembira juga untuk normalize buli ini. Kalau awak rasa content sebegini boleh naikkan you punya jualan, tolong turunkan video itu dan buat content sebegitu dengan orang lain,” ujarnya. – Agensi

    Riena mohon videonya bersama rakan-rakan tidak disalah guna. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda