Friday, October 25, 2024
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riena Diana cari 2 pencuri wang, gelang milik ibu saudara

    Pelakon Riena Diana bengang apabila sepasang kekasih didakwa mencuri wang dan gelang milik ibu saudaranya.

    Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, gelang yang dicuri itu adalah barang kemas berharga yang dihadiahkan individu istimewa.

    “Awak kacau keluarga saya bermaksud awak cari masalah dengan saya! Tolong saya cari pasangan kekasih tak guna ini! Mereka curi duit dan gelang makcik saya.

    “Gelang itu sangat berharga sebab makcik saya sayang sangat kerana ia pemberian daripada seseorang,” katanya.

    Riena berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang kelmarin.

    Pelakon itu turut berkongsi tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya merakam perbuatan pelaku di media sosial.

    Dalam pada itu, Riena memohon bantuan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai suspek bagi mengesan mereka.

    Katanya lagi, pihak keluarga juga tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat jika suspek tidak mengembalikan barang yang dicuri.

    “Saya minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, beritahu saya. Jika pesalah-pesalah itu membaca kapsyen saya ni, sila tampil dan pulangkan barang itu dan baru kita tarik laporan.

    “Minta jasa baik semua untuk kongsi perkara ini sampai dapat jumpa pelaku tersebut,” jelasnya. – Agensi

    Riena bengang selepas mengetahui mak ciknya dirompak sepasang kekasih. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda