Tuesday, April 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riena Diana minta Keith Foo cepat masuk meminang

    Pelakon Riena Diana mencuri tumpuan di media sosial apabila meluahkan hasrat mahu miliki cahaya mata sendiri.

    Berkongsi video mendukung seorang bayi perempuan, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, menyeru kekasihnya aktor Keith Foo di ruangan kapsyen agar cepat-cepat melamarnya, menurut laporan mStar.

    “Cepatlah Keith Foo, nak satu macam ni. Tak nak Walid. Janji Comel.

    “Cuba korang tag Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat. Terima kasih,” katanya.

    Riena berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya kelmarin.

    Dalam pada itu, Keith juga seakan-akan memberi bayangan akan melamar Riena selepas meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

    “Tidak lama lagi, sayang,” tulisnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar dua selebriti ini disatukan secepat mungkin.

    “Cepat Keith, jangan tunggu lama-lama! Nanti kena kebas; Tak sabar nak tengok Keith dan Riena junior; Cepat sikit Keith, nanti Walid pula masuk jarum,” tulis warganet di ruangan komen.  – Agensi

    Riena minta Keith cepat melamarnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda