Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riena hampir ‘koyak’ sampai nak tutup IG

    Susulan luahan rasa marah pelakon Malaysia Riena Diana di Instagram, dia menerima banyak kiriman mesej daripada warganet yang tampil membuat permohonan maaf.

    Menurut mStar, mengakui tertekan akibat kata-kata buruk yang diterima, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun berlapang dada selepas ada dalam kalangan pengikut yang mengakui silap.

    Dia juga berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

    “Bila saya post story macam itu (marah), barulah semua orang nak minta maaf. Barulah semua makcik-makcik TikTok minta maaf dekat saya.

    “Memang saya ‘koyak’ tetapi disebabkan mereka sudah mohon maaf, bagus. Ramai DM saya yang minta maaf.

    Riena tidak lagi memberi muka kepada warganet yang melemparkan kecaman terhadapnya. – mStar

    “Tak mengapalah, dah salah minta maaf baguslah tapi janganlah buat lagi,” katanya.

    Riena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di cerita Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Riena memberitahu dia hampir membuat keputusan untuk menyahaktifkan akaun Instagram miliknya gara-gara tidak tahan dengan kecaman warganet.

    Pun begitu, selepas ramai sudah menyedari kesilapan mereka pelakon drama Kampung People itu tidak meneruskan hasratnya berkenaan.

    “Bila saya biadab kata artis kurang ajar, tapi warganet boleh pula kurang ajar.

    “Baru saya ingat nak nyahaktif IG, saya dah koyak tapi tak mengapalah tak jadi,” ujarnya.

    Pada Isnin, Riena meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir warganet yang menyebarkan khabar angin kurang menyenangkan mengenai dirinya sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental sendiri.

    Kata Riena, dia tidak lagi akan berdiam apabila ada pihak yang terbuka mengkritik dirinya di media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda