Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rihanna bagi bayangan nak bersara?

    Selepas menerbitkan album kelapan berjudul Anti pada tahun 2016, penyanyi Rihanna dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bakal tampil dengan buah tangan terbaharu.

    Menguatkan lagi dakwaan itu apabila penyanyi itu turut memberikan bayangan bakal bersara apabila memakai baju yang tertera tulisan saya sedang bersara sewaktu bersiar di New York City, Amerika Syarikat.
    Selain ayat pada bajunya itu, Rihanna juga dilihat sengaja menutup bahagian perutnya seolah-olah memberi gambaran dia sedang hamil.

    Gara-gara itu, ramai mula membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil anak ketiga dan bakal bersara daripada industri nyanyian tidak lama lagi.

    Memetik laporan mStar, gosip mengenai Rihanna itu menjadi bualan peminat dan menarik perhatian seorang pakar psikik iaitu Inbaal Honigman yang turut membaca ramalan mengenai Rihanna dan A$ap Rocky.

    Katanya, sudah tiba masa Rihanna menimang seorang lagi cahaya mama pada bulan September.

    Untuk rekod, Rihanna dan A$ap Rocky sudah menjalinkan hubungan sejak 2019 dan mempunyai dua cahaya mata. – Agensi

    Rihanna dan A$ap Rocky sudah mempunyai dua cahaya mata. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda