Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rihanna kini bercinta dengan rapper Asap Rocky?

    Penyanyi Rihanna kini dikatakan bercinta dengan penyanyi rap Asap Rocky, 32, selepas gambar mereka berpimpin tangan ketika meraikan sambutan Krismas di Barbados baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

    Memetik E!Online, pasangan itu dirakam berpegangan tangan ketika menikmati pemandangan matahari terbenam bersama rakan-rakan mereka dengan menaiki sebuah bot mewah.

    Penyanyi Umbrella itu pulang ke kampung halamannya di Barbados untuk meraikan hari Natal bersama ahli keluarganya yang masih menetap di sana.

    Setakat ini, Rihanna, 32, dan Asap Rocky masih belum tampil memberikan sebarang pengesahan mengenai hubungan cinta mereka.

    Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama bekerjasama menerusi lagu Rihanna, Cockiness (Love It) yang diterbitkan pada 2012.

    Spekulasi mengenai hubungan mereka mula dihidu sejak Disember tahun lalu apabila kedua-duanya tampil berjalan bersama di laluan karpet merah pada majlis Anugerah Fesyen London.

    Rihanna sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel namun hubungan mereka dilaporkan putus tahun lalu. – Agensi

    Rihanna berkenalan dengan Asap Rocky sejak lapan tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Minyak harum Nur