Thursday, May 8, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rihanna umum hamil anak ketiga di Met Gala

    Penyanyi Rihanna membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga ketika muncul di acara Met Gala di New York pada malam Isnin yang lalu.

    Tanpa berselindung, Rihanna, 37, menayang baby bump ketika melalui karpet merah acara berkenaan, menurut laporan mStar.

    Pasangannya iaitu penyanyi ASAP Rocky ketika bercakap kepada pemberita meluahkan rasa gembira akhirnya mereka dapat berkongsi berita berkenaan.

    “Kami penat nak sembunyikan berita baik ini dan sudah tiba masa untuk umumkan Rihanna sedang hamil.

    “Saya terharu apabila semua orang gembira dan kami pun teruja bakal menimang cahaya mata,” katanya.

    Beberapa jam sebelum acara bermula di Metropolitan Museum of Art, Rihanna yang tiba di hotel penginapannya tanpa berselindung menayang perutnya yang sudah membesar.

    Rihanna juga cuba berselindung daripada paparazi yang menanti kemunculannya di luar hotel berkenaan.

    Untuk rekod, Rihanna dan ASAP memiliki dua orang lagi cahaya mata bersama iaitu Rza Athelston Mayers, 3, dan Riot Rose Mayer, setahun. – Agensi

    Rihanna akhirnya kongsi berita gembira hamil anak ketiga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda