RIJEKA, CROATIA, 2 FEB – Bandar pelabuhan Croatia Rijeka semalam mengadakan festival untuk meraikan penamaannya sebagai ibu negara kebudayaan Eropah untuk 2020.
Beribu-ribu orang, termasuk pelancong, mengharungi hujan untuk menghadiri parti kebudayaan dengan berpuluh acara diadakan di seluruh pelabuhan utara Adriatic, menurut seorang jurugambar AFP.
Ratusan penghibur mengambil bahagian dalam acara berkenaan, termasuk konsert di bangunan pasar ikan bersejarah di bandar. Pelawat juga boleh mempelajari mengenai sejarah terbaharu Rijeka dari carta masa sepanjang 200 meter di sepanjang jalan Korzo.
Bandar ketiga terbesar Croatia adalah bandar pertama negara yang dianugerahi gelaran Ibu Negara Budaya Eropah yang pada tahun ini dikongsi bersama Galway, Ireland. Majlis utama digelar ‘Opera Industriale’ diadakan pada petang semalam di pelabuhan Rijeka, simbol bandar yang luas.
Acara terbuka membabitkan lebih 100 penghibur, menggabungkan alat klasikal, pendeklamasian dan nyanyian koir dengan bunyi industri, kesan cahaya dan penyertaan penonton. Acara juga ‘menceritakan kisah ‘Pelabuhan Diversiti Rijeka’ yang merupakan moto acara sepanjang tahun, kata datuk bandar Vojko Obersnel sebelum itu. – AFP
