Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rimac ambil alih ‘supercar’ Bugatti

    ZAGREB, 6 JULAI – Pengeluar kereta elektrik Croatia, yang memulakan perniagaan dalam garaj sedekad lalu, akan mengambil alih pengeluar supercar Perancis, Bugatti dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai jutaan euro.

    Pengeluar kereta Croatia, Rimac Automobili berkata Kumpulan Volkswagen Jerman, termasuk divisyen Porsche, yang memegang saham majoriti dalam Bugatti, merancang menubuhkan satu usaha sama baharu. Syarikat baharu itu akan dikenali sebagai Bugatti-Rimac.

    Rimac Automobili mengumumkan semalam bahawa ia akan menggabungkan tenaga dengan Bugatti untuk ‘menubuhkan kuasa besar kereta dan teknologi baharu.’

    Rimac telah berkembang dalam 10 tahun daripada firma baharu di garaj kepada sebuah syarikat berjaya yang mengeluarkan kereta ‘supercar’ elektrik. Mate Rimac, yang menubuhkan syarikat pada 2009, berkata usaha sama merupakan ‘saat menggembirakan’ dan menggelar gabungan syarikat ‘satu padanan terbaik.’

    Porsche akan memiliki 45 peratus daripada saham Bugatti-Rimac dan Rimac Automobili akan memegang baki saham 55 peratus, menurut laporan media Croatia. Butir-butir kewangan perjanjian tidak didedahkan.

    Bugatti akan terus dipasang di timur Perancis, di mana syarikat ditubuhkan pada 1909. Kenderaan akan menggunakan enjin yang dibangunkan di Croatia.

    “Dalam industri yang berubah pesat, kefleksibelan, inovasi dan kemampanan tetap menjadi teras operasi Rimac,” kata syarikat. “Menyatukan kepakaran teknikal Rimac dengan warisan kehandalan reka bentuk dan kejuruteraan berusia 110 tahun Bugatti melambangkan paduan minda automotif yang terkemuka.” – AP

    Gambar serahan Rimac Automobili menunjukkan kereta elektrik Rimac Nevera di lokasi tidak didedahkan di Croatia pada 15 April 2021. Pengeluar Croatia akan mengambil alih pengeluar kereta Bugatti dalam perjanjian dilaporkan bernilai jutaan euro. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda