BERAKAS, 5 SEPT – Kelab Tekball Rimba 51 muncul juara Kejohanan Tekbol Beregu sempena Festival Kesihatan yang berakhir kelmarin di Peak Club, RBRC, Berakas.
Kelab Tekball Rimba 51 mempamerkan gandingan Muhd Nuzaihan Haji Adanan dan Muhd Wafiuddin Mustapa menewaskan pemain WBC, Muhd Nuh Jaafar dan Abdul Rahim Mohd Taib dengan kiraan 12-10, 12-8.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Kelab Teqball Rimba Street dengan gandingan Abdul Aziz Mohd Taib dan Adnan Timbang yang menewaskan pemain Kelab Tekbol Ravens, Abdul Rashid Mohd Julaihi dan Muhd Nur Hidayat Safwan Shahminan dengan keputusan 12-10, 12-8.
Pingat kemenangan disampaikan oleh Presiden Persatuan Tekbal Negara Brunei Darussalam, Muhammad Shukri Haji Damit. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Teqball Negara Brunei Darussalam.