Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rina 2 menang anugerah AIFFA

     

    KUCHING, Sarawak, 28 April – Rina 2 menjadi kebanggaan Negara Brunei Darussalam dan para pencinta seni perfileman apabila berjaya merangkul Anugerah ASEAN Spirit pada malam gala edisi keempat Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019) yang diadakan di Hotel Pullman Kuching, malam tadi.

    Anugerah untuk filem keluaran bersama Brunei dan Laos berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Belia Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dengan diiringi oleh pengarah festival AIFFA, Livan Tajang.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda