Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rindu Kasih 2 papar kisah Salina keluar penjara

    Ketika drama bersiri Rindu Kasih lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Amyza Aznan disiarkan TV3 pada 2022, ramai terkesan dengan lakonan mantap Ummi yang menghidupkan watak Salina iaitu anak perempuan yang dahagakan kasih sayang ibu hingga sanggup melakukan jenayah. Semuanya dilakukan demi bertemu dengan ibu kandung yang dipenjarakan.

    Kembali dengan musim baharu, Rindu Kasih 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir lakonan Izzue dan ibu mentua, Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya iaitu Fayyad lakonan Dzul Hadziq.

    Melalui plot Rindu Kasih 2, Amir tidak berputus asa menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisi dan ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina pula merahsiakan lokasi dirinya kecuali Hisyam yang tahu kedudukannya. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

    Selepas beberapa tahun, Halijah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah.

    Pada masa sama, Salina difitnah rapat dengan Hisyam (Nafiz Muaz) apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

    Fayyad yang berusia tujuh tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina.

    Namun, anak itu yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad.

    Ummi teruja kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2.

    “Bagi saya, Salina adalah watak sarat dengan emosi dan seorang wanita yang kental berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya,” katanya. – Agensi

    Ummi teruja kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2. – Kosmo digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda