Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ringankan beban warga emas

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 16 Feb – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Pusat Membeli-Belah KBSentral telah mengendalikan program kemasyarakatan dinamakan ‘Sentral Limpahan Kasih’ dengan menghantar sumbangan-sumbangan kepada masyarakat warga emas berbangsa Cina di sini, hari ini.

    Program tersebut juga merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut, yang telah dikelolakan sejak tahun lepas dan pada tahun ini sumbangan diberikan kepada lima orang penerima.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan terutama sekali bersempena meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina ini untuk membantu menceriakan dan menggembirakan mereka khasnya dalam kalangan warga-warga emas.

    Antara penerima disumbangkan ialah Hwong How Poh, 66, Lee Nyut Bgo, 71, dan Seow Nyuk Ching,71, ketiga-tiga mereka tinggal serumah di Jalan Perakong Seria. Turut menerima sumbangan ialah Huen Tae Cheng, 60, yang tinggal bersama adiknya di Jalan Maulana dan Chong Chin Fui, 79 yang kini sedang dirawat di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

    Pegawai-pegawai Pusat Membeli-Belah KBSentral semasa menyempurnakan penyerahan sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina kepada beberapa orang warga emas bangsa Cina di sini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda