Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ringgit Malaysia dibuka rendah berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Ringgit Malaysia (RM) dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

    Pada pukul 8 pagi, mata wang Malaysia merosot kepada 4.2875/3005 berbanding dolar AS, daripada 4.2800/2830 ketika ditutup kelmarin.

    Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat Fed yang didedahkan malam tadi menunjukkan bahawa ahlinya lebih suka pendekatan secara beransur-ansur untuk melonggarkan dasar monetari kerana ekonomi AS bertahan dengan baik walaupun terpaksa berdepan dengan dasar monetari ketat.

    Mohd Afzanizam turut menjangkakan RM akan melemah berikutan permintaan lebih baik untuk dolar AS. Bagaimanapun, RM didagangkan tinggi berbanding mata wang utama. Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

    RM naik berbanding baht Thailand kepada 12.7886/8354 daripada 12.8010/8157 semalam dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2797/2901 daripada 3.2822/2848, bagaimanapun ia berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.55 daripada 7.50/7.52 pada penutupan semalam, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 274.2/275.2 daripada 273.8/274.1 ketika ditutup semalam. – Bernama 

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda