Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rinoa Aurora tarik balik laporan terhadap kekasih

    Pelakon asal Indonesia, Rinoa Aurora menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap kekasihnya, Leon Dozan atas dakwaan melakukan kekerasan sebelum ini.

    Keputusan tersebut dibuat selepas ibu kepada Leon iaitu Betharia Sonatha yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon merayu agar anaknya dibebaskan.

    Dalam masa sama, ibu kepada Rinoa iaitu Yuliana Asaad juga memberitahu mereka menetapkan dua syarat terhadap Leon selepas dibebaskan.

    “Hati saya tersentuh dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Betharia. Jadi saya katakan kepada Rino untuk memaafkan. Kita lihat sahaja ke depan dan jangan pandang ke belakang.

    “Mereka harus beri kenyataan. Pertama bahawa Rinoa akan terus selamat dan kedua Leon tidak akan ganggu atau menyakiti anak saya lagi,” katanya menurut laporan mStar.

    Tambahnya, Betharia sebelum ini pernah sujud di kakinya memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan oleh Leon terhadap Rinoa.

    Sementara itu, Rinoa pula memberitahu hatinya terbuka untuk memaafkan Leon apabila melihat banyak perubahan pada lelaki itu selepas ditahan pihak polis pada 17 November lalu. – Agensi

    Rinoa terbuka hati untuk maafkan Leon. – lifestyle.sindonews.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda