Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Risau peningkatan kanak-kanak demam, cirit-birit

    Saya terbaca artikel mengenai peningkatan jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana demam dan cirit-birit yang disiarkan di akhbar Media Permata kelmarin.

    Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang masih bersekolah rendah, saya agak bimbang dengan peningkatan situasi tersebut. Sementelah lagi, anak saya sendiri sering pulang dari sekolah dengan keadaan berhingus, ada kalanya panas badan, tetapi Alhamdulillah setakat ini, anak saya masih sihat dan tidak berlaku cirit-birit padanya.

    Dengan keadaan cuaca panas dan baru-baru ini terdapat berita mengenai nyamuk yang kebal terhadap racun serangga, saya cadangkan pihak relevan kerap melakukan pengasapan bagi memastikan tempat-tempat pembiakan nyamuk terhapus.

    Ini kerana nyamuk dan serangga perosak lain mungkin ada kaitannya dengan situasi cirit-birit dan demam yang melanda kanak-kanak di negara ini.

    Lagipun, sepanjang pengamatan saya, jarang saya lihat pihak relevan melakukan pengasapan atau fogging untuk nyamuk di kawasan-kawasan perumahan. Sehubungan itu, ada baiknya juga ia dipertimbangkan untuk dibuat secara berkala.

    Ibu risau

    Demam dan cirit birit di kalangan kanak-kanak juga sering berlaku di negara ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda