SEOUL, 5 Jan – Anak damit yang tinggal berdekatan dengan jalan raya, berisiko mengalami bronkiol kerana pencemaran udara disebabkan lalu lintas mempunyai kaitan dengan bronkiol dan asma dalam kalangan bayi serta kanak-kanak, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam edisi terbaru Journal of Asthma, kebanyakan anak damit yang berusia di bawah dua bulan mudah dijangkiti bronkiol.
Tanda-tanda bronkiol yang teruk termasuk retraksi, boleh membawa kepada penyakit lebih serius, seperti radang paru-paru dan asma.
Kajian oleh pasukan perubatan doktor di Universiti Inha Korea Selatan itu mendapati, anak damit yang tinggal pada jarak kurang dari 100 meter atau 200 meter dari rumah, mempunyai risiko dijangkiti bronkiolitis 1.6 kali lebih besar berbanding mereka yang tinggal lebih 500 meter.
Kajian jangka panjang itu, melibatkan 2,627 kanak-kanak sekolah berusia antara 6 hingga 14 tahun.
“Kajian itu membuktikan hipotesis bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran tanpa perlindungan dari bunyi bising dan debu halus adalah berisiko tinggi mengalami asma,” kata ketua pasukan penyelidikan kajian, Leem Jong-han. – Bernama