Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Risiko global lembapkan ekonomi APAC

KUALA LUMPUR, 28 MAC – Ketidaktentuan akibat konflik bersenjata Rusia-Ukraine serta tahap normalisasi dasar monetari, pemulihan yang perlahan dalam pelancongan antarabangsa, kelembapan permintaan domestik dan sentimen perniagaan yang lemah boleh menjejaskan pengembangan ekonomi Asia Pasifik (APAC).

Bagaimanapun, Moody’s Investors Service (Moody’s) berkata, ekonomi rantau APAC pada asasnya baik dan asas eksport kritikalnya terus berkembang, membolehkan rizab asing untuk meningkat, memperkukuh baki akaun semasa dan menstabilkan mata wang.

“Eksport APAC terus bertambah pada bulan-bulan awal tahun ini berikutan perkembangan pesat perdagangan global sepanjang suku keempat tahun lepas,” katanya menerusi nota hari ini.

Katanya, eksport China adalah kukuh dengan mencatatkan kenaikan melebihi jangkaan, manakala India, Korea Selatan dan Malaysia turut menerima manfaat daripada permintaan kukuh dan kenaikan harga komoditi asas seperti minyak sawit, minyak mentah dan makanan bijian, selain semikonduktor dan komponennya, serta kereta dan barang kereta.

Sebilangan negara pengeluar komoditi APAC memaparkan prestasi yang lebih baik dalam ramalan pada Mac, termasuk Malaysia dan Indonesia yang mendapat manfaat daripada harga yang tinggi bagi eksport komoditi mereka, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -