Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rita Nadira syukur tak putus tawaran lakonan

    Lima tahun bergelar pelakon, nama Rita Nadira seolah-olah bersih daripada kontroversi yang kurang menyenangkan.

    Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 27, berkata dia selesa dikenali melalui bakat dan bukan dengan cerita hangat yang dicipta.

    “Tiada apa yang boleh dikontroversikan, saya tidaklah menjaga diri malah ada saja yang mengecam saya dia media sosial tapi mungkin saya malas melayan,” katanya kepada mStar.

    Walaupun tanpa kontroversi, Rita berkata tawaran lakonan tidak pernah putus dan dia bersyukur dengan rezeki itu.

    Malah jadual kerjanya juga tidak terlalu sibuk dan menjalani kehidupan yang seimbang.

    “Alhamdulillahh, rezeki saya tak pernah putus. Saya pun tidaklah nak terus meletup sebab bagi saya asalkan ada kerja dan tawaran jadi tiada masalah.

    “Ada rehat juga, tapi bagi saya sudah okay kerana kesimbangan itu ada,” luahnya.

    Dalam pada itu, Rita berkata dia ada menerima nasihat daripada orang sekeliling agar mencipta kontroversi supaya namanya menjadi sebutan dalam kalangan warganet.

    Namun dia menganggap tiada yang menarik mengenai dirinya yang boleh menjadi bahan kontroversi.

    “Ada saja yang beri nasihat suruh buat gosip atau kontroversi tapi saya tertanya-tanya apa yang saya nak buat, jadi rasa tak payah dan tak nak buat.

    “Mungkin ada orang terkenal sebab kontroversi itu rezeki dia, tapi saya tak pernah kejar benda itu,” luahnya.

    Dalam pada itu, Rita memberitahu setiap tawaran lakonan yang diterimanya tidaklah diambil secara terburu-buru.

    Sebaliknya dia mengutamakan minat dan mendapatkan nasihat daripada pengurusnya.

    “Dari dulu pengurus saya yang bantu saya memilih dan beri nasihat untuk setiap drama,” kongsinya. – Agensi

    Rita sentiasa percaya pada rezeki. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda