Penyanyi Rita Ora mengakui dia terlupa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti TV iaitu Rob Kardashian.
Menurut Rita, ketika itu usianya masih muda dan hubungan mereka juga terlalu singkat menyebabkan ia bukan sesuatu yang perlu diingati.
Bagaimanapun penyanyi lagu Let You Love Me itu menganggap percintaan mereka satu pengalaman yang sangat seronok.
“Oh, saya lupa tentang itu (hubungan dengan Rob). Hubungan kami sangat sekejap. Ketika itu, saya sangat muda tapi ia satu pengalaman menyeronokkan. – Agensi
