Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rita Rudaini bengang dituduh ambil hak B40

    Pelakon Malaysia, Rita Rudaini, meluahkan rasa kesal apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.

    Kata Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, apa yang membuatkan dia lebih kecewa apabila kata-kata kurang sopan itu diucapkan oleh seorang pendidik.

    Tegur Rita, sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya mereka mempunyai pemikiran negatif sedemikian kerana semua hak yang dinikmati oleh rakyat ini adalah rezeki daripada Allah Subhanahu Wataala, lapor mStar.

    “Macam inilah nasib daripada sekolah persendirian kalau pergi sekolah biasa ini. Kena fitnah ambil kuota B40 pula.

    “Yang fitnah itu pula guru yang merupakan pendidik, tak layak digelar pendidik! Jijik benar perangai.

    Rita kesal dengan sikap segelintir guru-guru. – New Straits Times

    “Macam mana nak cakap ya, mentaliti jijik golongan ini asal T20 masuk situ dituduh ambil hak B40. Dituduh cable (guna orang dalam).

    “Ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot lagi jijik itu,” luahnya menerusi di Instastory.

    Dalam pada itu, Rita memberitahu dia tidak pernah membezakan tempat mencari ilmu kerana merasakan semua manusia adalah sama.

    “Saya tak memilih tempat cari ilmu, saya tak kisah campur golongan B40. Semua kita manusia sama! “Bagi saya biar miskin harta tapi jangan miskin adab. Jangan tunjuk sangat perangai sebenar,” ujarnya.

    Perkongsian Rita itu menerima sokongan daripada warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diluahkan olehnya itu.

    Rata-rata mereka beranggapan setiap orang berhak untuk menuntut ilmu di sekolah biasa kerana kerajaan sendiri telah menyediakan kuota mencukupi untuk pendidikan semua rakyat.

    “Mana ada curi tempat B40, dah memang ada kuota kan.. tak baik dia orang tuduh macam itu.

    “Memang tak dinafikan banyak cikgu-cikgu duduk semeja gosip fasal ibu bapa pelajar.

    “Kadang yang B40 pun dia orang tuduh guna kabel juga,” antara komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda