Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hati mengenai perasaan anak yang dibiarkan tanpa kasih sayang.
Menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Selasa, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menegaskan sekiranya anak-anak memilih untuk menjauhkan diri jangan sesekali menyalahkan orang lain.
Menurut laporan mStar, “Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan tetapi kerana pernah dibiarkan. Usah salahkan angin, kalau sendiri yang longgarkan ikatan”.
“Jika anak memilih untuk menjauh, usah terburu menyalahkan orang lain. Kadang-kadang jarak itu bukan dicipta oleh mulut yang berbicara tetapi oleh hati yang pernah dikecewakan,” tulisnya
Dalam pada itu, Rita juga tidak menolak apabila anak-anak memilih untuk menjauhkan diri disebabkan oleh kenangan pahit yang dilalui mereka.
“Terkadang bila anak menjauh, itu bukan kerana hasutan tetapi kerana kenangan, jangan cari salah pada orang lain, bila yang perlu diperbaiki adalah diri sendiri,” ujarnya.
Perkongsian Rita itu turut disertakan dengan tanda pagar #kifarahisreal.
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu tidak menyatakan perkongsian dibuat ditujukan kepada siapa. -Agensi


