Tuesday, April 8, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rita Rudaini minta anak cari kerja selain pelakon

    Sebagai seorang ibu, pelakon Rita Rudaini sentiasa mahukan terbaik buat dua orang anak lelakinya termasuk memberikan pendidikan terbaik.

    Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata dia sentiasa menasihati anak-anaknya agar memilih pekerjaan yang menjamin masa depan walaupun mereka menunjukkan minat dalam bidang seni.

    “Sejak kecil lagi anak-anak ada suarakan hasrat ingin cuba berlakon, tapi saya tak bagi.

    “Mereka juga ditawarkan pelbagai tawaran saya tetap kata tak boleh.

    “Saya takut nanti sudah seronok berlakon mereka lupa pelajaran,” katanya kepada mStar.

    Menurut Rita, dia juga enggan anak-anaknya mengalami nasib sama sepertinya yang bekerja tidak tentu masa demi mencari rezeki.

    Malah sebagai ibu, dia juga berharap dua anaknya itu mencari pekerjaan sesuai dengan minat mereka pada masa hadapan.

    “Saya selalu pesan dekat mereka bukan mudah ingin menjadi pelakon, pergi pagi balik malam. Itupun kalau orang suka dengan kita, kalau tidak suka lagi susah.

    “Saya sudah merasai kesusahan itu, saya tak nak mereka lalui perkara sama. Carilah kerja yang mereka minat itu,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Rita berkata dia sentiasa memantau media sosial anak-anaknya agar mereka tidak terleka dengan perkara itu.

    “Mereka ada akaun Instagram, sejak kecil lagi sudah ada. Tapi sejak Rayyan berusia 14 tahun dia mula uruskan sendiri tapi dengan pantauan saya.

    “Jadi saya tahu apa mereka muat naik dan tengok di Instagram atau TikTok. Untuk buat konten sendiri mereka tak minat,” kongsinya.

    Untuk rekod, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah pada 2013.

    Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 14 tahun. – Agensi

    Rita pentingkan masa depan anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda