Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rita utamakan soal adab dalam pendidikan anak

    Selama 15 tahun menggalas tugas sebagai ibu tunggal dalam membesarkan dua cahaya mata lelaki semestinya memberi seribu satu cabaran buat aktres Rita Rudaini.

    Mengambil peranan ibu dan bapa dalam satu masa membuatkan pelakon yang mula dikenali selepas menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 1998/1999 itu berdepan rasa bimbang sekiranya gagal mendidik anak dengan baik.

    Justeru, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata dia sentiasa menerapkan dan mendidik dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, dengan adab yang baik kerana itu perlu diutamakan.

    “Sebenarnya, saya paling takut gagal mendidik anak menjadi manusia beradab. Dari segi akademik, tiada masalah saya okay sebab masing-masing ada bakat dan tahap tersendiri.

    “Tapi, bila datang soal perangai, adab dan berkaitannya, itu yang membuatkan saya paling takut. Saya bimbang anak-anak membesar dengan sikap kurang ajar atau tidak beradab dengan orang.

    “Kalau soal akademik kita boleh belajar. Bagi saya, adab perlu diutamakan barulah akademik atau sukan. Kalau akademik bagus, tapi tiada adab tak berguna.

    “Saya selalu cakap dengan anak-anak, kalau pandai sekalipun, tapi kurang ajar, orang tak akan pandang dan hormat. Tapi, kalau kita tak bijak, tapi beradab orang akan suka dan sayang,” katanya kepada BH Online.

    Menurut Rita, pengalaman lalu termasuk ketika membesarkan anak membentuk dirinya menjadi wanita dalam versi terbaik ketika ini, malah tidak menafikan wanita adalah golongan kuat.

    “Selain itu, pengalaman juga membentuk diri saya menjadi seperti sekarang. Ini semua adalah pengalaman saya dalam membesarkan anak-anak,” katanya. – Agensi

    Mengambil peranan ibu dan bapa dalam satu masa membuatkan Rita bimbang sekiranya gagal mendidik anak-anaknya dengan baik. – Murai.MY
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda